Home Artikel PAS Perak

LPN : Bukti PAS Raikan Pelbagai Kaum 

10 views
SHARE

 

LPN : Bukti PAS Raikan Pelbagai Kaum 

IPOH: PAS mengambil peluang mendekati masyarakat cina dengan mengedarkan kuih bulan sempena Perayaan Kuih Bulan di beberapa kawasan seluruh negeri Perak.

Antaranya Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria bersama Jawatankuasa PAS Bagan Serai telah meluangkan masa mengedarkan kuih bulan sekitar parlimen Bagan Serai di samping bertukar pandangan serta harapa mereka untuk masa depan negara.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, sambutan dan penerimaan masyarakat cina kepada PAS membuktikan bahawa PAS tidak membezakan kaum bahkan sentiasa menerima pandangan demi kebaikan bersama.

Jelasnya, hubungan erat antara kaum menjadikan PAS komited menubuhkan Lajnah Perpaduan Nasional yang bertujuan mendekati masyarakat melalui pelbagai aktiviti dan program bagi memberikan kefahaman matlamat perjuangan PAS sebenar.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak; YB Radzi Zainon menyantuni masyarakat kaun Tiong Hua di Pasar Pinji Mewah pada 3 Oktober lalu bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS Perak; Mohd KY Tiang.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang berjaya mengedarkan kuih bulan kepada masyarakat cina di Pasar Simpang dan Pasar Kota Jaya bahkan penerimaan mereka begitu baik sehingga ada yang mengharapkan agar PAS mampu menerajui Perak pada PRU akan datang.

Begitu juga PAS Kawasan Padang Rengas telah menganjurkan program edaran kuih bulan di Kem Cina Sauk, dalam parlimen Padang Rengas yang disertai oleh pimpinan kawasan, pemuda dan muslimat.