Home Artikel PAS Selangor

Ledakan Konvensyen Kebangkitan Ummah Pencetus Perubahan 

219 views
SHARE


Oleh : Ustaz Muhammad Najhan Halim
Anggota Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

1. Konvensyen Kebangkitan Ummah adalah manifestasi ledakan perasaan yang meletus di kalangan ummat Melayu Islam khasnya apabilamenyaksikan kepincangan dan kerosakan yang semakin ketara dalam negara.

2. Konvensyen Kebangkitan Ummah yang dijadualkan pada 13 Januari 2018 di Pusat Islam Kuala Lumpur ini adalah hasil gabungan dan persefahaman 300 NGO Melayu Islam dalam negara untuk berhimpun dan berwacana bagi menggembleng dan menghadam idea serta maklumat yang strategik berdasarkan kajian dan penelitian.

3. Idea dan Maklumat yang bakal dikongsikan dalam konvensyen ini menjadi titik tolak asbab kepada kesedaran dan kecaknaan umat Islam bahawa pada ketika dan saat ini umat adalah berkewajiban untuk bangkit daripada dibuai mimpi khayalan bagi mengorak langkah penyelesaian tuntas dan tegas.

4. Sebanyak 7 kluster pembentangan dan pendedahan bermaklumat dan berfakta bakal dipersembahkan oleh 7 orang tokoh ilmuan, tokoh negarawan, tokoh agamawan, tokoh ekonomi dan tokoh belia, tokoh perlembagaan dan undang-undang.

5. Semua kluster yang didedahkan ini mampu membuka mata para peserta konvensyen sekaligus bersama-sama menggerakkan usaha dan tenaga menghasilkan satu keputusan dan hala tuju yang satu dan sama.

6. Konvensyen ini juga akan memberikan satu isyarat dan sikap berprinsip kepada penggubal dasar negara iaitu pihak kerajaan yang memerintah dan juga kerajaan yang bakal memerintah negara ini pada masa hadapan. Pihak parti-parti juga adalah pihak berkepentingan yang akan dituju oleh Ummah dan gabungan NGO ini apabila resolusi dan hasil keputusan konvensyen ini dimuktamadkan nanti.

Semoga Allah swt memperkukuhkan kedudukan umat Islam dan membantu umatNya dalam menegakkan Islam dan membawa kesejahteraan kepada negara ini.
Insya Allah.

Sejahtera Bersama Islam 

11 Januari 2018 bersamaan 24 R. Akhir 1439H.