Home Artikel PAS Kelantan

Lebih RM100,000 untuk Rohingya

10 views
SHARE

ATAS sifat kemanusiaan dan bantu membantu sesama Muslim diatas kesengsaraan umat Islam Rohingya yang sedang dianiaya sekarang ini, PAS Kelantan mengambil insiatif mengumpulkan sumbangan derma untuk disalurkan segera kepada umat Islam disana.

Kutipan Sumbangan Rohingya yang melibatkan penyerahan sumbangan terkumpul oleh Badan Perhubungan PAS Kelantan (RM30,000), Alimat Kelantan (RM10,000), Majlis Pengetua SMU(A) Bantuan Kerajaan Kelantan (RM7,000) serta dari seluruh 14 PAS Kawasan Kelantan disamping sumbangan peribadi beberapa individu dengan jumlah keseluruhan melebihi RM100,000 berjaya dikumpul dan diserahkan kepada Pengarah PAS Relief, Muhammad Sanusi Md Nor dalam Munajat Ummah & Majlis Penyerahan Sumbangan Rohingya yang berlangsung pagi Jumaat  di Dewan PUTIK,  Pengkalan Chepa.

Penyerahan sumbangan tersebut turut  disaksikan oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob dan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Ustaz Hassan Mahmood.

Program anjuran Dewan Ulamak PAS Kelantan ini bermula seawal jam 4.30 pagi dengan kehadiran lebih 1000 rakyat Kelantan hadir bermunajat dan memohon kepada Allah agar membantu dan menyelamatkan umat Islam yang sedang dianiaya terutamanya di Palestin, Syria dan Rohingya.

Pengkisahan situasi semasa Rohingya turut dikongsi oleh Pengarah PAS Relief, Sanusi selepas Solat Subuh dan kemudiannya ucapan penutup oleh Ustaz Ahmad Yakob. – HARAKAHDAILY 30/9/2017