Home Artikel PAS Kedah

Lebih 300 Assabiqun Negeri Kedah Istiqamah bersama PAS

790 views
SHARE

Alor Setar : Pengerusi Assabiqun, Subky Abdul Latiff atau lebih dikenali sebagai Pak Subky, melancarkan Assabiqun Negeri Kedah yang terdiri dari lebih 300 orang. 

Katanya, PAS mempunyai pelbagai sayap yang masing-masing berperanan membawa mesej Islam dengan pendekatan seiring tuntutan parti bagi memastikan PAS menjadi pilihan rakyat. 

“Penubuhan Assabiqun Negeri Kedah adalah bertujuan menggabungkan tenaga serta pengalaman orang lama di Kedah, membantu parti untuk meneruskan perjuangan Islam di tanah air,” jelasnya. 


Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi. Beliau turut mengingatkan supaya terus beristiqamah bersama PAS.