Home Artikel PAS Selangor

Lawatan Susulan Ke Pangsapuri Kos Rendah Taman Pandan Mewah, Ampang Yang Dibanjiri Oleh Warga Asing

172 views
SHARE

Pada 6 Oktober lepas, saya telah mengadakan lawatan ke Pangsapuri Kos Rendah Taman Pandan Mewah, Ampang bersama-sama Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Polis, RELA dan AJK Persatuan Penduduk serta AJK Surau tempatan.

Lawatan adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang timbul akibat kebanjiran warga asing di situ.

Satu lawatan susulan telah dijanjikan untuk melihat sama ada masalah-masalah itu telah dapat diselesaikan.

Oleh yang demikian, lawatan susulan tersebut akan diadakan sepertimana butiran berikut,

Tarikh – 28 Nov 2017 (Selasa)
Masa berkumpul – 5.00 petang
Tempat berkumpul – Di hadapan Surau An-Nur, Pangsapuri Kos Rendah Pandan Mewah.

Jabatan Imigresen, MPAJ, Polis dan RELA telah dijemput bersama.

Pihak media telah turut dijemput untuk membuat liputan. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi, Haji Suhaimi – 019 759 8622, Sdra Hafiz – 013 246 9027 dan Hajjah Musalmah – 017 396 9518

Sekian. Terima kasih.

YB Dato’ Iskandar A. Samad
Ahli Dewan Negeri Chempaka
27 November 2017