Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Laungan Takbir Iringan Pengistiharan TGHH Di Permatang Pauh

1,273 views
SHARE

LAUNGAN TAKBIR IRINGAN PENGISTIHARAN TGHH DI PERMATANG PAUH

Oleh: PPU Muhammad Faris

PERMATANG PAUH, – Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyampaikan amanat pada Program Amanat Presiden PAS di sini baru- baru ini.

PAS komited untuk meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Umum (PRU 14) di Parlimen Permatang Pauh.

“Saya nak isytihar, PAS nak bertanding di Permatang Pauh!” Katanya.

Kata- kata itu diikuti dengan laungan takbir oleh ribuan hadirin yang bersama-sama di dalam program tersebut.

Ini menunjukkan bahawa PAS benar-benar tekad akan bertanding di kerusi Permatang Pauh sekalipun kerusi tersebut diwakili oleh Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail.

PAS pernah memenangi kerusi tersebut pada tahun 1979 sebelum diserahkan kepada PKR pada pilihan raya tahun 1999.

Kini sudah tiba masa untuk PAS merampas semula Permatang Pauh seperti yang telah berlaku sebelum ini.