Home Artikel PAS Sabah

Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kalabakan Edar Bubur Dan Risalah Ramadhan Percuma.

310 views
SHARE

29 Mei 2017.

TAWAU: Lajnah Kebajikan PAS kawasan Kalabakan hari ini turun menyantuni masyarakat di kawasan Merotai Besar Tawau bagi mengedarkan bubur ayam dan risalah secara percuma.

Seramai 13 orang ahli PAS kawasan Kalabakan turun bersama menjayakan program edaran bubur ayam dan risalah hari ini. Program ini diketuai oleh Naib Yang DiPertua Usman Madeaming. Turut hadir Timbalan Ketua Muslimat puan Norjanah Jam Jam serta Ketua Pemuda Razman bin Roslee.

Program bermula jam 10 pagi iaitu menyediakan bahan keperluan untuk memasak bubur ayam. Dewan Muslimat PAS Kawasan Kalabakan telah diamanahkan bagi menyediakan bahan memasak dan aktiviti memasak diketua oleh saudara Usman Madeaming.

Pasti Merotai manjadi pilihan untuk dijadikan tempat memasak dan memasukkan bubur dalam tapau. Sesi masak dan menapau hampir 300 tapau siap pada pukul 3.30 petang.

Edaran bubur bermula pada jam 3.35 petang.
Lokasi pertama bubur ayam dan risalah percuma diedarkan di masjid dan seterusnya di edarkan kepada pengguna jalan raya.

Pukul 5.00 petang edaran tamat. Program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan baik dari penduduk. Semasa selesai mengedar dan hendak balik masi ada yang bertanya untuk dapatkan bubur.

Semoga sedikit usaha ini dapat mengembirakan penduduk merotai. Bubur dan risalah ini merupakan infak dari orang ramai yang pemurah. Insyallah PAS Kawasan Kalabakan akan melaksanakan program ini setiap minggu sepanjang bulan ramadhan.

NYDP Usman Madeaming Memberi bubur di sekitar Masjid Kg Merotai

 

{jathumbnail off}