Home Artikel PAS Sarawak

Kutipan Derma Kilat untuk Mangsa Rumah Roboh

84 views
SHARE

KUCHING: Malang tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada satu keluarga di Kampung Siol Kandis di sini apabila bahagian dapur, bilik air dan lantai rumah mereka roboh secara tiba-tiba. Mangsa, Michael Anak Gasing yang ketika itu sedang menikmati juadah di dapur, terkejut dan terus bergegas menyelamatkan diri.

“Suami saya pada ketika kejadian sedang makan di dapur, secara tiba-tiba bahagian belakang rumah roboh menyembah bumi. Syukur kami semua sekeluarga selamat dalam kejadian ini”, ujar Elizabeth, isteri kepada Michael ketika ditemubual.

“Mujur anak-anak saya yang berada di ruang rumah tidak dihempap oleh almari yang tumbang akibat gegaran kuat itu”, ujarnya lagi.

Michael yang bekerja sebagai pemandu lori tinggal di rumah yang dibelinya 2 tahun lalu bersama isteri dan 4 orang anak mereka yang berusia antara 1hingga 16 tahun.

Dalam pada itu, Skuad Prihatin PAS Kawasan Petra Jaya telah melakukan lawatan ke rumah tersebut bagi mengenal pasti kerosakan dan akan cuba sedaya upaya untuk membantu membaiki kerosakan tersebut.

Ketua Skuad Prihatin PAS Petra Jaya, Budin Ahmad ketika ditemubual berkata, “kami telah menerima maklumat dari seorang pengadu dan terus bergegas ke lokasi bagi menyusun langkah segera membantu mangsa. Ini adalah sebahagian tugas kami, PAS Petra Jaya untuk membantu masyarakat tanpa mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik, selagi mana khidmat kami diperlukan. Islam tidak pernah membataskan hal kebajikan kepada kaum tertentu sahaja bahkan Islam merupakan rahmat kepada seluruh alam”.

Orang ramai yang berhasrat untuk turut membantu mangsa, bolehlah menyalurkan sumbangan anda ke akaun Maybank,5611-9082-1275 atas nama PAS Kawasan Petra Jaya serta menghubungi Farhan 019-5779091 atau Budin 011-36898132 sebagai makluman