Home Artikel PAS Sabah

Krisis Integriti : Sabah Perlu Model Urustadbir Baru

73 views
SHARE

Kenyataan Media
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH
09 Oktober 2017 | 18 Muharram 1439H

Hilangnya integriti, terdedah kepada bentuk penyelewengan dan rasuah adalah suatu barah yang perlu dibanteras daripada terus menular di negeri ini.

Perkara tersebut acap kali berlaku di negeri Sabah yang ditadbir oleh Barisan Nasional, negeri yang kaya dengan sumber pelbagai namun rakyat masih dirundung jauh dari pembangunan infrastruktur dan prasarana.

Keadaan terkini dengan kos hidup yang membebankan, ditambah dengan siri-siri tangkapan dengan dakwaan penyelewengan berbilion ringgit melalui KKLW yang seharusnya dana awam itu dinikmati oleh masyarakat luar bandar. Apakah wayang seperti ini perlu disajikan kepada rakyat Sabah?

Lebih 20 tahun kerajaan diterajui PAS yang bertahan di negeri Kelantan bebas sepenuhnya daripada sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan. Ia perlu diangkat sebagai model urustadbir oleh semua pihak sama ada di pihak kerajaan negeri ataupun parti politik pembangkang di negeri ini yang mahukan kesejahteraan rakyat.

Tambahan lagi, tawaran penyelesaian masalah rakyat melalui Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS 2051) yang dilancarkan baru-baru ini oleh PAS sebagai suatu solusi dilihat sangat penting bagi mengubah model pentadbiran negeri agar lebih telus dan jauh daripada anasir yang boleh mengkhianati amanah atau perkara yang tidak menguntungkan rakyat.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah menyeru agar parti politik di negeri ini perlu berubah kepada berpolitik mencari penyelesaian dengan  membantu rakyat dan meninggalkan politik sempit serta politik kebencian yang dilihat akan memperdaya masyarakat Sabah kearah kebinasaan.

“Sabah Sejahtera”

MUSTAMAN MUSTAIN

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah