Home Artikel PAS Pahang

KP Pahang menghadiri Kongress Pertubuhan Islam Antarabangsa

23 views
SHARE

Istanbul Turki, 14hb Nov 2017:

Persidangan Kerjasama Kebudayaan Belia Islam Antarabangsa (International Conference of Muslim Youth Cultural Cooperation) ditangguhkan di sebelah pagi bagi memberi ruang semua peserta dapat bersama dalam majlis perasmian KONGRES KESATUAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM ANTARABANGSA KALI KE26 (26th International Congress of The Union of Muslim Communities) anjuran Economic and Social Researches Center (ESAM) yang turut diadakan di tempat yang sama di dewan bersebelahan. Persidangan ini diadakan selama dua hari iaitu 14-15 November 2017.

Ucaputama disampaikan oleh General President of ESAM, M.Recai KUTAN

Seterusnya ialah ucapan rasmi wakil-wakil pertubuhan Islam dari pelbagai organisasi. Antaranya ialah :

1) Temel Karamollaoğlu, Presiden Parti Saadet Turki
2) El Zubeir Ahmed ElHasan, Presiden Islamic Movement (IM) Sudan
3) Dr Haji Murat Ibrahim, Presiden MILF Filipina
4) Arif Ali Thottancheri, Pimpinan Jemaat Islami India
5) Sami Ebu Zuhri, Pimpinan HAMAS
6) Abdul Gaffar Aziz, Pimpinan Jemaat Islami Pakistan
7) Muhammed Cemil Mansur, Moritanya
8) Seyh Zuheyr Cad, Lubnan

dan beberapa pimpinan pertubuhan-pertubuhan Islam Turki yang lain.

Majlis berhenti rehat tengahari dan akan disambung semula jam 3.00pm waktu Turki yang antara lain melibatkan 6 sesi pembentangan sehingga ke acara kemuncak berakhir 15hb malam. Peserta program lebih kurang 400 orang mewakili 85 buah negara.

Untuk kongres anjuran ESAM ini, Malaysia diwakili oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang akan menyampaikan ucapannya pada pembentangan sesi ke2 petang ini di bawah topik “Islamic World in Equation of Problems and Opportunities” dan Hj Hussein Ismail, Presiden NGO IFRD yang akan berucap pada sesi ke6 petang esoknya di bawah topik “Disaster in Islamic World : Ethnical and Secterian Conflicts”.

Tema kongres kali ini ialah “Krisis Global, Dunia Islam dan Barat”
(الأزمات العالمية، العالم الإسلامي والغرب)

https://www.facebook.com/EsamGenelMerkez/

Ustaz Hazmi bin Dibok

Ketua Pemuda

PAS Negeri Pahang