Home Artikel PAS Selangor

Konvoi Wanita Muda Selangor: Medan Uji Diri

156 views
SHARE

KONVOI WANITA MUDA SELANGOR : MEDAN UJI DIRI
Oleh : Wan Noor Aziezan Baharuddin

BANGI – “Saya rasa sangat teruja kerana telah terpilih untuk menyertai konvoi yang buat julung kalinya diadakan” ujar Saudari Nur Atikah Abdullah yang merupakan salah seorang peserta Konvoi Muslimat Muda Selangor 2017 anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Konvoi ini telah membuka penyertaan kepada seluruh wanita Negeri Selangor terutama Gen3 Negeri Selangor iaitu Ameerah, Briged Muslimat dan Nusaibah.

Ketika ditemui, peserta dari Serdang ini mengakui bahawa konvoi tersebut telah membuka ruang untuk beliau mencabar diri sendiri supaya lebih berani.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya menunggang motorsikal beramai-ramai dalam jarak yang agak jauh. Saya mengambil peluang ini sebagai satu medan untuk saya mencabar diri sendiri supaya saya mampu menjadi seorang yang lebih berani pada masa akan datang”.

Perjalanan yang bermula dari Sepang menuju ke Shah Alam ini bukan bermatlamatkan konvoi semata-mata tetapi ia telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti Majlis Khatam Al-Quran Perdana, pertunjukan buskers, aerobik, khidmat masyarakat bersihkan surau, qiamullail dan kuliah subuh, cabutan bertuah dan Sembang Santai bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Ustazah Hjh. Wan Hasri Wan Hassan dan Pelumba Cub Prix petronas , Siti Fatimah Husna Muslim.

Program konvoi seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwah sesama ahli konvoi malah ia juga mendekatkan Gen3 dengan wanita di sekitar Selangor.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada saya menyertai konvoi ini dan saya harap program sebegini tidak berhenti pada tahun ini sahaja. Semoga ia masih boleh diteruskan pada masa akan datang”.