Home Artikel PAS Perak

Berita PAS Perak I Klinik Bolasepak Cungkil Bakat Pemain Muda

69 views
SHARE

KUALA SEPETANG:  Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Inilah yang dilakukan oleh Lajnah Kebudayaan , Kesenian dan Sukan ( DACS ) ,Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang pada 28 Januari lepas melalui penganjuran klinik bola sepak kepada hampir 70 pemain-pemain muda yang berumur antara 6 hingga 12 tahun di sekitar Kuala Sepetang , Trong dan Changkat Jering.

Klinik bola sepak ini merupakan anjuran kali pertama dengan kerjasama DACS Perak ini dikendalikan oleh bekas-bekas pemain bola sepak Perak di penghujung 90 an iaitu Norsyazwan Mohd Noor , Isma Alif , Ramzi Razuwan dan P. Gunasekaran.

Pengarah program , Mohd Zamzuri bin Mohd Bahari berkata , tujuan klinik bola sepak ini diadakan bukan sahaja sekadar untuk memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat.

“Kami mahu memberi pendedahan terus kepada semua peserta klinik daripada idola-idola mereka dahulu . Selain daripada itu, kami juga mahu mereka mempelajari teknik-teknik bermain bolasepak dengan betul ,” katanya.

Klinik yang berlangsung selama 3 jam ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Rahim Bin Ismail yang bertindak merasmikan program ini selain kehadiran Pengarah DACS Perak , Sdr Hady Azman , Exco Pemuda PAS Perak , Ustaz Qahar Shamsudin dan beberapa pimpinan pemuda PAS Bukit Gantang.