Home Artikel PAS Selangor

Keramahan ADUN Selat Klang Disenangi Guru, Ibu Bapa dan Pelajar

202 views
SHARE

KLANG : Walaupun kesibukkan kerja seharian sebagai seorang wakil rakyat, namun ianya bukan penghalang ADUN Selat Klang YB Dr Halimah Ali menyantuni ibu bapa dan pelajar dihari ketiga persekolahan.

Beliau bersama kakitangan Pejabat Adun dan Briged Amal Selat Klang memulakan sesi penjelajahan di Sek Agama KAFA Intergrasi Nurul Ain Teluk Gadong disusuli dengan Tadika Intan Bestari, Tadika Perpaduan Tepi Sungai dan diakhiri di Sek Ren Keb Teluk Pulai.

Edaran kalendar 2018 kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah turut dilaksanakan selain menyampaikan kalendar dan diari 2018 kepada guru-guru sekolah.

Rata-rata mereka yang menerima kunjungan beliau berasa gembira dan ada yang mengambil kesempatan untuk berswafoto bersama beliau.

YB Dr Halimah sempat meninjau infrastruktur di tadika dan sekolah bagi kemudahan pelajar.

Murid-murid kelihatan begitu teruja menerima kehadiran YB Dr di sekolah mereka. Ada yang berlari dari jauh mengejar untuk bersalam dari jauh.