Home Kenyataaan Media PAS Perak

Kenyataan Pemuda Perak: Oktoberfest Bukan Isu Hak & Kebebasan

123 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA DPPN PERAK
Oktoberfest Bukan Isu Hak & Kebebasan


1) Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) kesal dengan sikap sambil lewa kerajaan Barisan Nasional yang sehingga kini belum mengambil tindakan menghentikan penganjuran “The Better Beer Festival 2017” di Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Oktober 2017 ini.

2) Arak merupakan ibu kepada maksiat. Pengharaman arak cukup jelas dinyatakan dalam Al Quran melalui surah Al Maidah:

_”Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

3) Amat malang apabila UMNO dalam Barisan Nasional (BN) dan PAN dalan Pakatan Harapan (PH) tidak mengeluarkan kenyataan membantah Oktoberfest ini. Malahan kenyataan Naib Presiden DAP Selangor, Datuk Teng Chang jelas menunjukkan sikap biadap,tidak menjaga sensitiviti dan tidak hormat Islam sebagai agama persekutuan. Benarlah firman Allah SWT:

_”Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.”_

4) Penganjuran Oktoberfest ini bukan hanya isu hak dan kebebasan bukan Islam. Arak menatijahkan kesan buruk berbanding yang baik. Arak meningkatkan kadar kemalangan jalan raya malahan pada tahun ini sahaja banyak yang telah diberitakan. Antaranya:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/245294/akibat-mabuk

http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/mabuk-dadah-alkohol-punca-wanita-pandu-lawan-arus-video

5) Mabuk juga menjadi penyebab kepada peningkatan kadar rogol di Malaysia. Terlalu banyak berita yang dibawa.Antaranya:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/238139/rogol-tengah-mabuk

http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/bapa-disyaki-rogol-liwat-anak-kandung-1.201700

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-rogol-mabuk-di-sukma-siapa-yang-salah-17942

6) Apakah alasan dan hujah yang membenarkan Oktoberfest ini? Semua agama menghalang pengambilan arak. Hanya yang bernafsu besar dan kapitalis mengejar harta tanpa memikirkan kesan sahaja yang terus menyokong dan menganjurkan.

7) DPPN Perak mengecam penganjuran Oktoberfest ini dan terus komited menyatakan bantahan demi membina Malaysia yang sejahtera diatas landasan syariat.

Syakirin Hussin
Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak

26 Dzulhijjah 1438H / 17 September 2017