Home Kenyataaan Media PAS Perak

Kenyataan Muslimat Perak I Isu Mohd Riduan Abdullah Yang Mahu Menyelamatkan Aqidah Anak

1,277 views
SHARE

Susulan dari peristiwa keputusan mahkamah yang menggemparkan negara di mana seorang ayah yang Islam tidak mendapat hak yang sewajarnya demi menyelamatkan aqidah anaknya mengikut perlembagaan negara.

Dewan Muslimat PAS Perak menyokong penuh di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani bin Zakaria berkaitan isu tersebut.

Inilah realiti sebenar yang terpaksa diakui bahawa betapa rendahnya martabat mahkamah syariah di dalam sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Atas dasar itulah PAS sememangnya mengambil peranan dengan begitu bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan supaya mahkamah syariah diberi tempat yang selayaknya agar isu begini tidak menjadi polemik.

Dr Najihatussalehah Bt Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS
Negeri Perak
30/1/2018