Home Kenyataan Media Presiden PAS

Kenyataan Media Presiden PAS | SENARAI BARU PENGGANAS

3,451 views
SHARE

Kenyataan Media Presiden PAS

SENARAI BARU PENGGANAS


Tindakan negara-negara yang memutuskan hubungan dengan Qatar serta mengeluarkan ‘senarai baru pengganas’ bukanlah perkara yang mengejutkan. Negara-negara tersebut turut menyenaraikan organisasi-organisasi Islam yang lain seperti Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dan Majlis Islami. Selain itu, beberapa orang tokoh yang terkenal dengan sikap sederhana mereka terhadap pemahaman Islam juga turut disenaraikan sebagai pengganas.

Negara yang mengeluarkan senarai pengganas ini telah mengamalkan politik peneutralan hubungan dengan Israel dan negara-negara dalam rangkaian Mason – Zionis Antarabangsa. Pendekatan politik sebegini sebenarnya ibarat kapal yang berlayar sesat di lautan samudera yang luas.

Mereka tidak mempunyai jatidiri untuk membuat keputusan secara bebas berpandukan nilai-nilai mulia walaupun sudah lama melalui zaman-zaman kegelapan dan penindasan yang sepatutnya menjadi pengajaran kepada mereka.

Walaupun negara-negara ini terkenal dengan kekayaan dari sudut sumber buminya, namun mereka miskin integriti serta sahsiah. Mereka turut hilang keagungan serta kemuliaannya. Lebih malang, mereka juga mengubah pendirian mereka mengikut hawa nafsu sehingga menjadi lemah di hadapan orang-orang kafir, namun bersikap keras ke atas orang-orang beriman dan memuliakan ‘tetamu-tetamu’ Zionis melebihi saudara seagama. Bahkan lebih parah, mereka telah bertindak keras ke atas negara yang seagama dengannya hanya kerana berbeza pendapat.

Bangsa Arab asalnya menjadi mulia kerana Islam akan tetapi kini bakal hancur dengan kejahatan mereka sendiri yang mengiktiraf rejim Zionis serta mengabaikan Palestin dan kesuciannya. Mereka didorong rasa percaya dan kagum kepada penguasa-penguasa Yahudi Zionis melebihi kepercayaan kepada Allah, Islam dan umat Islam.

Justeru, inilah sebagaimana difahami daripada firman Allah S.W.T yang bermaksud:

وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم (38)

“Dan, jika kamu berpaling nescaya Allah akan mengganti(mu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).” (Muhammad: 38)

Allah juga membuat penegasan mengenai kuasa pemerintahan melalui firman-Nya dalam Surah Al-Imran:

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Imran: 26)

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 6 Rabiul Awal 1439 / 25 November 2017

…………………………………………..

PAS President Media Statement

THE NEW TERRORIST LIST

The terrorists list recently issued by the same countries that have severed ties with Qatar should not come as a surprise. The list among others include several Islamic organizations such as the World Islamic Scholars Union and the Islamic Council. They also listed several respected Muslim figures who are known for their moderate and reasonable Islamic opinions as terrorists.

These are the same countries that are pursuing neutralization of relations with Israel and countries within the Mason – International Zionist network. Such political association is akin to a ship sailing astray in the ocean vast.

They no longer have the will to act independently and righteously amidst their failure to learn from their own long history of tyranny and dark ages.

While these countries are known for their immense wealth endowed through natural resources, they are actually destitutely poor in integrity and character and have diminished all sense of greatness and glory. Their stance changes to the fit of their desires, becoming timid in front of the infidel but behaving harshly on the believers all the while glorifying their Zionist guests above their fellow brethren. To make things worse, they heavily punish countries with whom they share a common religion simply because of differing opinions.

The Arab civilization was respected because of Islam but is now crumbling under the weight of their own crimes by recognizing the Zionist regime and neglecting Palestine and its rights. They are now driven by their believe and admiration for the Zionist Jewish powers-at-be, more than to trust in God, Islam and their fellow Muslims.

Hence, this is as understood from the word of Allah S.W.T which means:

وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم (38)

“And, if you turn away, Allah will replace you with other people, and they will not be like you.” (Muhammad: 38)

God also made this affirmation on the power of government through His word in Surah Ali-Imran:

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ
ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ٢٦

Say (O Muhammad): O Lord of the Kingdom! You are the one who empowers the kingdom to whomever You will, and You take away the power of the kingdom from whom You will, and who honors whom You will, You are the All-Mighty, All-Wise. (Al-Imran: 26)

“Prosper With Islam”

ABDUL HADI AWANG
PAS President

Dated: 6 Rabiul Awal 1439 / 25th November 2017

………………………………………………..

بيان إعلامي من رئيس الحزب الإسلامي في ماليزي

قائمة الإرهاب الجديدة

وليس بعجب ما تسميه دول الحصار”قائمة الإرهاب” وأدخلت فيها المنظمات الإسلامية الوسطية , ومنها الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين والمجلس الإسلامي والشخصيات المعروفين بمواقفهم المعتدلة في الأوساط المجتمع المدني في البلدان المعروفة.

وذلك لأن تلك الدول دخلت جهرا وسرا في سياسة التطبيع في العلاقة بينها وبين إسرائيل والدول التي دخلت في الشبكة الماسونية والصهيونية العالميتين . فسياسات تلك الحكومات تتحرك كما تحركت السفن الضالة في المحيط.

ولا تستطيع سياساتها مستقلة على حسب القيم الغالية رغم طول الأزمنة السوداء والعهود المستعبدة , ورغم غناها في الأموال , ولكنها فقراء في المروءة والشخصية, فإنها زوال العزة والكرامة , وانقلبت مواقف شخصياتها إلى أذلة على الكافرين وأعزة على المؤمنين واحترام الضيوف الصهيونية أولى من الإخوة في الدين ودول الجوار المسلمة إذا لم تقبل سياستها أو سكتت في تأييدها .

فويل للعرب من شر قد اقترب بعد تبدل الأمور من عزة الإسلام إلى الخذلان به, والاعتراف بالكيان الصهيوني وخذلان فلسطين وقدسها , لأن الثقة بأولياء اليهود والنصارى أقوى من الثقة بالله والإسلام والمسلمين .

وهذا قول الله : وإن تتولوا يستبدل قوما غيركم ثم لا يكونوا أمثالكم.

وقال الله تعالى:

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ
ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ٢٦

عبد الهادي أوانج
رئيس الحزب الإسلامي في ماليزي

التاريخ: ٦ ربيع الأول 1439 / 25 نوفمبر ٢٠١٧