Home Artikel PAS Selangor

Kenyataan Akhbar YB Dato’ Iskandar A. Samad, Exco Kerajaan Negeri Selangor / Ahli Dewan Negeri Chempaka

44 views
SHARE

“TURUN PADANG” KE “LITTLE MYANMAR” (PANGSAPURI KOS RENDAH TAMAN PANDAN MEWAH, AMPANG – DI BELAKANG HOSPITAL AMPANG)

Sehubungan aduan dari penduduk tempatan, saya akan mengadakan lawatan ke kawasan di atas sepertimana butiran berikut,

Tarikh – 6 Oktober 2017 ( Jumaat )
Masa berkumpul – 4.45 petang
Tempat berkumpul – Surau An-Nur, Jalan Mewah 4, Taman Pandan Mewah

Turut dijemput adalah,

1.) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
2.) Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS)
3.) Jabatan Imigresen
4.) Polis
5.) RELA.

Tujuan program ini adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah di kawasan tersebut agar pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Saya berharap program ini akan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk tempatan.

Wartawan dan jurufoto dijemput hadir.

Sekian. Terima kasih.

YB Dato’ Iskandar Abdul Samad
Exco Kerajaan Negeri Selangor /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
5 Oktober 2017