Home Artikel PAS Johor

Kem Tarbiyyah Sempena Cuti Sekolah

105 views
SHARE

PULAI SEBATANG – Bersempena cuti sekolah, Akademi Kepimpinan Remaja (AKR DPPNJ) telah menganjurkan Program Tarbiyah Anak Ahli Pas 2017 (PROTAPAS) peringkat Negeri Johor yang bertempat di Biocafe, Pulai Sebatang, Pontian.

Kem tahunan ini yang berlangsung selama 3 hari menyasarkan peserta yang berasal dari seluruh johor yang berumur antara lingkungan 12 hingga 17 tahun.

Selain itu, di antara aktiviti yang terdapat dalam kem kali ini ialah latihan dalam kumpulan (LDK), kuliah interaktif, permainan, kerohanian, riadah dan lain-lain. Seramai 50 orang peserta yang menyertai kem kali ini.

Kem tarbiyah ini bertujuan memberi penekanan tentang kepentingan tarbiyah islam dalam pembangunan negara yang diterapkan melalui aktiviti yang diadakan.

Turut hadir ustaz Azlisham Azahar, Ketua Dewan Ulama Pas Johor dan Ust Juwahir Amin, ketua Pemuda Pas Johor berkongsi ilmu dalam slot kuliah interaktif.

Program berakhir pada hari selasa dan peserta dibenarkan pulang pada pukul 3.00 petang.

Peserta mendengar slot motivasi

 

Di antara peserta remaja perempuan yang hadir

 

Peserta menyertai “Kembara Malam”.