Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Kegemilangan PAS: Sifar Rasuah

220 views
SHARE

Oleh : PPU Asyraf Zulkifli

PAHANG: YB Ustaz Rosli Bin Abdul Jabar di dalam sebuah program PAS Teraju Pahang – Anda Tanya PAS Jawab membongkarkan kekuatan sebenar PAS pada saat ini.

“PAS adalah sebuah parti yang sangat berpengalaman didalam medan politik negara”katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa kepimpinan PAS telah menunjukan prestasi yang baik sepanjang pemerintahan di kelantan. Ujarnya ” PAS menempa kejayaan demi kejayaan termasukalah apabila telah diberi amanah oleh Allah untuk memerintah kelantan selama lebih 20 tahun, dan kita lihat antara kejayaan besar negeri kelantan, bukan saja dapat mengekalkan pemerintahan dengan stabil malahan kita lihat bagaimana pemimpin Kelantan tidak pernah terpalit dengan isu-isu rasuah ataupun penyelewengan.”

Demikianlah kata-kata yang beliau ucapkan di dalam pertemuan tersebut.