Home Artikel PAS Sarawak

Karnival Kesihatan Menghubungkan PAS ke Pedalaman Sarawak

54 views
SHARE

Oleh IZYAN HAZIQAH ISROFEIL

SIBUTI, 28 Januari – Program Karnival Kesihatan 2.0 telah berlangsung selama dua hari berturut-turut di beberapa buah penempatan sekitar DUN Bekenu dan Lambir hari ini.

Karnival anjuran Lajnah Perpaduan Nasional (LPN), Dewan Muslimat Negeri Sarawak (DMPNS) dan Muslimat Medical Team (MusMedik) Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) dengan kerjasama jentera pilihanraya PAS Sarawak telah melawat beberapa rumah-rumah panjang dan beberapa buah kampung sekitar kawasan.

Penduduk berdekatan tapak program berkesempatan mendapatkan pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan gigi, mata, tekanan darah, dan kandungan gula dalam darah secara percuma.

Di samping itu, penduduk diberi kesedaran akan pentingnya penjagaan kesihatan dan pemeriksaan secara berkala walaupun penduduk berada di pedalaman dan jauh dari bandar dan kemudahan hospital.

Melalui usaha murni PAS Sarawak ini, masyarakat mendapat manfaat tanpa perlu membayar walau sesen.

Mereka juga berharap agar PAS Sarawak dapat meneruskan agenda-agenda kebajikan seperti ini terutamanya kepada golongan tua, fakir miskin dan ibu tunggal. Lebih-lebih lagi penduduk yang tidak mempunyai kenderaan dan mengharapkan saudara-mara atau jiran untuk ke hospital.

Turut bersama menjayakan Karnival dua hari ini adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Jofri Jaraiee, Setiausaha Kerja PAS Negeri Sarawak, Muhtar Suhaili dan Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arifiriazul Paijo yang merasmikan majlis dan memberi cenderamata kepada tuai rumah sebagai penghargaan atas kerjasama meraikan kehadiran jentera PAS.