Home Artikel PAS Johor

Jelajah Saidatina Khadijah Bangkit semangat Muslimat Johor

2 views
SHARE

22 September 2017 – Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS negeri Johor  dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS  Malaysia   meneruskan misi penerangan ke setiap negeri bagi menjelaskan lagi gerak tari PAS di arena politik sekaligus memasakkan kesatuan dalam kalangan ahli.

Ketua Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Johor, Puan Normala Sudirman merangkap pengarah program JELAS 3.0 berkata, program sebegini dilakukan sebagai tanda kebangkitan Muslimat bagi mendepani Pilihanraya akan datang sekaligus menyampaikan mesej penerangan bagi membentuk  imej Politik Islam yang sebenar.

“Saya menyeru agar para Muslimat PAS Johor dapat meningkatkan semangat perjuangan untuk kemenangan Islam dengan melipat gandakan usaha dan pengorbanan bertepatan dengan peristiwa hijrah hari ini.” Ujar beliau.

Turut hadir,  Puan Salamiah Mohd Nor,  Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua Penerangan DMPM, Puan Normala Sudirman , Ketua Penerangan DMPM negeri Johor merangkap pengarah program JELAS 3.0, Puan Hajjah Atiyah Ahmad, Ketua Muslimat Negeri Johor, YB Abdullah Hussein selaku perasmi dan para YDP Kawasan.

“DMPM telah menyediakan persiapan setiap ahli dan setiap minggu, Ketua Muslimat atau wakil akan turun ke setiap negeri bagi melaksanakan gelombang akifi ini.

” Kita mahu gerakan penerangan bergerak aktif bagi meruntuhkan kefahaman jahiliah dalam masyarakat” ujar Puan Hajjah Salmiyah, ketika menyuarakan bantahan akan tindakan Siti Kassim yang terang-terangan menghina Islam dengan hujah logikalnya dalam menolak pensyariatan ibadah korban baru-baru ini.

“Kita tak pernah dengar kebaikan PAS di televisyen malah di akhbar. Walaupun begitu, orang PAS kena peka dan mengambil tindakan tegas atas setiap kata nista mereka” Jelasnya lagi ketika menggesa setiap Dewan Muslimat Kawasan membuat laporan polis berhubung isu kebiadaban dalam menghina agama Islam di program JELAS 3.0 di Hotel Villa, di sini hari ini.

Seterusnya, sesi penerangan dokumen hijau yang disampaikan oleh Ustazah Wan Hasrina turut membuka mata para Muslimat sekali gus membuka ruang kepada mereka untuk disampaikan kepada umum.