Home Artikel PAS Kedah

Jelajah Hijau 6.0 Pemuda PAS Negeri Kedah di Pokok Sena

222 views
SHARE

Alhamdulillah program Jelajah Hijau 6.0 di Pokok Sena berlangsung dengan jayanya. Aktiviti bermula dari jam 1.00 petang hingga 11.59 malam dengan diisi aktiviti Khutbah Jumaat.

Khutbah Jumaat disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK), Naib Ketua DPPNK, Setiausaha DPPNK dan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Pokok Sena.

Seterusnya, aktiviti ziarah diadakan di sebelah petang dengan dibahagikan kepada 3 kumpulan dan ceramah sembang santai di Kuala Lanjut, Pokok Sena.

Jelajah diteruskan dengan Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh 5 orang exco DPPNK di lokasi yang berbeza sekitar kawasan Pokok Sena.

Kemuncak program diadakan di sebelah malam dengan aktiviti ceramah pentas pemuda dan ceramah sembang santai serentak di 2 lokasi yg berbeza.

Tahniah dan syabas buat DPPK Pokok Sena yang telah mengatur program dengan jayanya.

“ Jihad menuju kemenangan “

#up
#MaraMenujuCita
#SejahterabersamaIslam