Home Kenyataan Media PAS Kelantan

Jambatan Salor – Pasir Mas dibuka dua minggu

454 views
SHARE

JAMBATAN Salor – Pasir Mas akan dibuka selama dua minggu bermula esok bagi melancarkan aliran trafik di kawasan itu khususnya menjelang persekolahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrustruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad, berkata jambatan berhampiran Bulatan Lemal itu bagaimanapun masih dalam pembinaan.

Katanya, ia dibuka sementara bagi melancarkan laluan khususnya melibatkan pengguna yang berulang alik ke Pasir Mas, Tanah Merah dan Rantau Panjang.

“Kerja-kerja perlaksanaan jambatan tersebut sudah di peringkat 60 peratus.

“Bagaimanapun ia akan dihentikan buat sementara waktu,” ujarnya.

Hanifa berkata lagi, laluan sepanjang 270 meter itu akan dipantau pekerja dari Jabatan Kerja Raya (JKR)  bagi mengawal keadaan.

Beliau seterusnya memberitahu, antara tujuan laluan tersebut dibuka adalah bersempena persekolahan bakal dibuka tidak lama lagi.

Tambahnya, ia akan  memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah tanpa perlu berdepan dengan masalah kesesakkan lalu lintas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat exco di sini hari ini.

Tambah beliau, jambatan bernilai RM114 juta termasuk pembinaan persimpangan bertingkat di Bulatan Lemal itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2019.

“Jambatan tersebut yang mula dilaksanakan sejak tahun lalu sepatutnya siap pada awal Januari tahun hadapan.

“Bagaimanapun disebabkan beberapa masalah ia mengambil masa yang agak panjang untuk disiapkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/12/2017