Home Artikel PAS Sabah

Ijtimak Tarbawi PAS Sabah gagaskan kualiti ahli

2 views
SHARE

SANDAKAN : Lajnah Tarbiyah & Perkaderan PAS Sabah dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Sabah dan Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Sabah (AKTAR) pada ahad lalu telah mengadakan Ijtimak Tarbawi PAS Sabah di Dewan Tadika Chi Hwa dekat sini.

Himpunan tarbiyah ini telah berjaya menghimpunkan ahli PAS Sabah dari seluruh negeri termasuk dari kalangan pemuda dan muslimat.

Program yang bermula seawal jam 3.00 pagi dengan acara qiyamullail dan munajat kemenangan Islam diikuti dengan kuliah subuh haraki yang disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Azman Ibrahim.

Kemuncak acara ialah dengan mendengar amanat tarbiyah yang disampaikan oleh YB Ustaz Idris Ahmad selaku Naib Presiden PAS.

Dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa PAS sebagai sebuah gerakan Islam menggagaskan kualiti ahli melalui pengorbanan untuk menegakkan syariat Islam.

Program tersebut yang telah berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari turut menyaksikan penubuhan Majlis Nuqaba PAS Negeri Sabah yang bersiap sedia menjadi nadi jemaah mempersiapkan ahli PAS yang berkualiti.