Home Artikel PAS Perak

Ibu Tunggal dan Anak Yatim Diraikan Wakil Rakyat PAS

367 views
SHARE

Ibu Tunggal dan Anak Yatim Diraikan Wakilkan Rakyat PAS


BATU GAJAH – Seramai 35 orang anak yatim dan 16 keluarga ibu tunggal dirai pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan di Surau Kampung Ara Payung, Batu Gajah, 4 Jun lalu.

Majlis dirasmikan wakil rakyat DUN Sungai Rapat dan juga selaku  JAWATANKUASA MMK (Pengangkutan Awam) Negeri Perak, YB Radzi Zainon.

Majlis tersebut adalah salah satu inisiatif daripada Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Parlimen Batu Gajah serta Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat UPU Ara Payung dan PAS Kawasan Batu Gajah.

Ia bertujungan untuk menerapkan rasa kasih sayang, keprihatinan dan meringankan bebanan hidup kepada golongan yang memerlukan.

Di samping itu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk serta berpeluang berinteraksi antara satu sama lain.

Turut hadir memeriahkan majlis Pengerusi PITKM Parlimen Batu Gajah , Halizaton Maslina Abdul Aziz, YDP PAS Kawasan Batu Gajah,  Hj Ismail Ariffin, Ahli jawatankuasa PAS Kawasan Batu Gajah serta Jabatan Amal PAS Kawasan Gopeng. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi dan JK Surau yang memberikan kerjasama yang baik.

{jathumbnail off}