Home Artikel PAS Johor

Guru Inovasi Kebangsaan Kongsi Ilmu Keibubapaan Bersama Warga Tebrau

63 views
SHARE

Taman Pelangi Indah, 31 Ogos 2017 – Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Namun bukan sahaja ibu bapa menggalas peranan besar dalam membentuk anak-anak bahkan semua pihak turut sama bertanggungjawab.

Bagi membantu memberi suntikan semangat kepada ibu bapa, telah berlangsungnya satu program motivasi keibubapaan anjuran Pejabat Adun Puteri Wangsa dengan kerjasama Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau pada 27 Ogos yang lalu.

Kata-kata semangat telah disampaikan oleh pakar motivasi yang pernah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Guru Inovasi Peringkat Kebangsaan iaitu Tuan Haji Roslan Bin Nikmat. Program motivasi ini lebih dikhususkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal menghadapi peperiksaan awam.

Bertempat di Taman Pelangi Indah Johor Bahru, seramai hampir 20 orang peserta mengambil peluang dan kesempatan bagi menambah ilmu mengenai keibubapaan. Turut hadir dalam program tersebut adalah Yang Berhormat Ustaz Abdullah Husin selaku Adun Puteri Wangsa.

Program ini berlangsung lebih dari 2 jam. Antara bait kata-kata yang boleh dijadikan panduan adalah “Untuk berjaya kita perlu berjiwa besar dan merebut peluang yang ada.” Tambah beliau, “Ramai murid menolak tuah iaitu tidak mengambil peluang yang telah disediakan.”

Semoga petua keibubapaan yang telah diberikan dapat membantu ibu bapa untuk menjadi lebih cemerlang. Usaha untuk membentuk anak-anak menjadi insan yang berguna lagi cemerlang bukanlah suatu tugas yang mudah,  malah memerlukan pengorbanan dan kesabaran ibu bapa.  Bahkan setiap ibu bapa juga mengharapkan anak mereka dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat, bangsa dan negara serta mempertahankan maruah keluarga.

{jathumbnailoff}