Home Surat Pembaca

Gunakanlah Telefon Pintar Secara Pintar

74 views
SHARE

Setiap di kalangan kita kebanyakannya pasti mempunyai telefon pintar. Tapi adakah kita cukup pintar menggunakannya. Mari kita muhasabah bersama. Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya mereka yg cinta dan rindu melihat Islam tertegak di mukabumi ini.

Sebagaimana yg kita sedia maklum, PAS dahulunya merupakan sebuah parti yg agak terkepung dari segi medianya. Segala kebaikan dan kemaslahatan yg pernah dibuat oleh Kerajaan Kelantan sejak tahun 1990-sekarang, Kerajaan Terengganu 1999-2004 dn Kerajaan Kedah 2008-2013 yang diterajui oleh PAS seolah-olah tidak mendapat tempat di media arus perdana. Sekarang ini saja baru ade nampak macam ok sikit disebabkan pendekatan BPMS yang PAS bawa. Maka apakah peranan kita sebagai ahli PAS untuk mengatasi masalah kepungan media ini?

Media sosial

Alhamdulillah, sekarang kita telah ada suatu yang dipanggil media sosial. Melalui media sosial atau dunia di hujung jari ini, kita boleh mendapatkan apa jua maklumat yang kita mahukan. Tapi haruslah diingat agar kita benar-benar bijaksana dan bukan bijaksini dalam menggunakannya. Setakat ini dlm media sosial telah ade facebook, twitter, instagram, whatsapp dan sebagainya. Ia merupakan saluran yg amat diminati oleh ramai orang khususnya anak2 muda.

Di telefon pintar kita ada kamera, ada voice recorder, selain butang utk menaip teks dan sebagainya. Perasan atau tidak, ia sudah cukup lengkap utk menjadi pusat media tuan punya handphone. Persoalan penting yg perlu dijawap sekarang, adakah kita sebagai orang PAS tidak kira pimpinan atasan, pertengahan mahupun ahli biasa benar2 bijak menggunakannya.

Salah satu komponen penting dalam sesebuah parti politik ialah jentera penerangan. Untuk menerangkan atau menceritakan sesuatu perkara, ia perlukan bahan. Maka bahan perlu dihasilkan terlebih dahulu. Bahan sebenarnya amat mudah untuk dihasilkan menerusi telefon pintar kita.

Untuk pimpinan PAS semua peringkat, sila ambil perhatian dengan apa yang saya nak tulis selepas ini. Anda semua biasa membuat kenyataan media bertulis, betul tak? Tapi harus diingat, tak semua orang suka membaca kenyataan yg panjang berjela. Yang pendek pun belum tentu org baca. Maka gunakanlah telefon pintar itu untuk buat rakaman audio ataupun video. Ulas balik atau baca saja kenyataan bertulis tu. Setelah rakam, sila send file rakaman tu kepada bahagian IT untuk diproses bahan itu. Kalau pemimpin itu diperingkat PAS pusat, maka send file itu kpd bahagian IT di peringkat pusat. Jika pimpinan itu merupakan pimpinan di peringkat negeri, maka serahkanlah bahan itu ke Jabatan IT negeri masing2. Perlu diingat, orang IT hanya menguruskan urusan teknikal sahaja, maka mereka yg terlibat dengan peneranganlah yang perlu membekalkan bahan kpd bahagian IT.

Begitu juga PAS diperingkat kawasan2, dewan2 dan cawangan2 perlu mengoptimumkan penggunaan telefon pintar ini. Jika sesuatu program dirancang, ia perlu kepada 3 fasa proses iaitu sebelum, semasa dan sesudah program.

Sebelum buat program, sila la buat promosi dan hebahan sehabis baik. Bagitau semua orang yg ada dalam lingkungan kita dan luar lingkungan kita berkenaan program itu dgn menggunakan fb, whatsapp, telegram, instagram dn apa juga akaun yg ade. Tapi harus dikenalpasti ia program bersifat dalaman ataupun luaran. Jika ia bersifat dalaman, cukuplah sekadar disebar pd org tertentu dn terpilih dalam parti sahaja

Semasa program dijalankan, sila la tekan butang live kat page FB dibawah pengurusan kita tu. Contohnya program kuliah ke, diskusi ke, majlis ilmu ke, ceramah ke, buat je live FB, apadahal. Beli la alat lain sikit sebagai tambahan. Contohnye mic dn tempat letak handphone supaya dapat menghasilkan kualiti terbaik. Isi-isi dan point2 penting ucapan pimpinan perlu dicatat.

Setelah program berakhir, ia perlu diberita dan dimediakan. Maka perlu ada orang yang tulis semula fakta program itu. Masukkan maklumat apa, bila, siapa, di mana, mengapa dan bagaimana. Ambillah beberapa gambar, dan pilihlah yg mana terbaik utk disertakan bersama berita yg telah ditulis.

Demikianlah coretan buat masa ini. Jika ada idea dan kelapangan, akan ditulis lagi khususnya berkaitan penerangan supaya gerakerja penerangan benar2 mantap dan berkesan untuk berhadapan dengan PRU 14. Saingan politik kita ada berita tv dan radio pelbagai saluran serta suratkhabar arus perdana untuk membentuk pemikiran masyarakat. Maka kita sebagai ahli PAS perlulah mendapatkan maklumat rasmi parti daripada sumber2 berikut untuk membentuk pemikiran dan fikrah kita supaya jelas.Saluran-saluran tersebut ialah :

1. Website rasmi PAS- www.pas.org.my (sehingga 31/8/2017) Nnt ade version baru start 1 Sept 2017.

2. Suratkhabar Harakah. Setiap ahli di peringkat cawangan2 sila langgan sebagai organ penerangan parti. Anggaplah ia sebagai infaq fisabilillah utk perjuangan Islam.

3. Fb rasmi PAS Pusat di www.facebook.com/paspusat.

4. Dengar radio internet PAS di www.hijau.fm. Selain itu wajib install aplikasi radio Hijau fm ni di telefon pintar kita. Carik je kat playstore ade. Boleh dengar banyak majlis ilmu live dan rakaman dan lain2 yg bermanfaat.

5. Rujuk www.harakahdaily.net untuk berita semasa secara online.

Jangan percaya sangat tulisan2 whatsapp yg kita pun tak tau siapa penulisnya atau benarkah faktanya. Bertabayyunlah seperti yg diajar dlm surah Al Hujurat ayat 6 itu.

Semoga bermanfaat.

Sekian.

 

Mohd Shahir Abu Hassan

Pegawai Penerangan PAS Pusat