Home Artikel PAS Perak

Gantang FC Juarai Liga Futsal Pemuda Bukit Gantang

47 views
SHARE

GANTANG FC JUARAI LIGA FUTSAL PEMUDA PAS BUKIT GANTANG

CHANGKAT JERING : Lajnah Kebudayaan , Kesenian dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang terus mendekati dan bersama kegiatan anak muda melalui aktiviti futsal dan ini ditunjukkan dengan penganjuran Kejohanan Liga Futsal Jawatankuasa Pemuda Cawangan ( JPC ) merebut Piala Ketua Pemuda Bukit Gantang, 6 Oktober lalu.

Kejohanan yang disertai oleh 10 pasukan telah berlangsung bermula jam 9.00 malam bertempat di Arena Futsal Changkat Jering , Bukit Gantang .

Kejohanan futsal ini dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Perlawanan kumpulan A telah berlangsung pada 8 September dan perlawanan kumpulan B telah berlangsung pada 22 September .

Juara dan naib juara setiap kumpulan akan berentap di pusingan akhir pada 6 Oktober .

Kejohanan futsal ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang, Saudara Zu Hazmin Badri . Turut mengiringi Saudara Mohd Zamzuri Mohd Zahari selaku Pengarah DACS Bukit Gantang.

Turut hadir pimpinan PAS Bukit Gantang , Ustaz Nordin Jaafar , Tuan Haji Rahim Ismail serta beberapa pimpinan Pemuda kawasan .

Saudara Zamzuri selaku pengarah program mewakili Lajnah Kebudayaan , Kesenian dan Sukan Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang menyatakan rasa bersyukur atas sokongan dan penyertaan di kalangan anak muda cawangan PAS dan berharap penganjuran akan dating akan bertambah bilangan penyertaan daripada pemuda cawangan sekitar kawasan Bukit Gantang.

“Walaupun hadiah bagi johan mungkin kurang bernilai di mata masyarakat iaitu hanya RM200 untuk tempat pertama selain piala pusingan dan medal, namun penyertaan pasukan dari cawangan PAS menunjukkan belia dan anak muda masih ingin bersama PAS dan percaya PAS komited bersama mereka dalam hal rekreasi, kesihatan dan budaya positif”, jelas Zamzuri.

Tempat pertama dimenangi oleh pasukan dari Gantang FC , diikuti pasukan Syabab FC manakala tempat ketiga dan keempat telah dimenangi pasukan Hap Hap FC dan Semenkap FT .