Home Artikel PAS Selangor

Fitnah ADUN PAS Lompat PKR

1,527 views
SHARE

Berita ini satu adu-domba terancang untuk memecahkan kestabilan PAS diwaktu masing-masing pihak menyediakan diri untuk menghadapi pertandingan 3 atau lebih penjuru khasnya di Selangor.

Dalam kerancakkan memanaskan jentera tiba-tiba tersebar berita ini dan ditambah pula oleh kenyataan dangkal EXCO PKR YB Dorayah.

Respon serta-merta YB Pesuruhjaya PAS Selangor Ustaz Sallehen Mukhyi dalam ucapan penutup MOCK ELECTION peringkat Selangor di Meru baru- baru ini adalah bahawa berita jahat itu satu fitnah.

Bermakna PJ Selangor telah memadamkan segala api tohmahan jahat itu.

Dan beliau menambah jika pun benar ada yang mahu keluar, silakan.

Ini bukan kenyataan menghina mana-mana ADUN PAS tetapi sebagai Ketua parti di Selangor Ust Sallehen cuba meyakinkan mustahil setelah ditarbiyah dan melalui pembentukkan keperibadian sebagai seorang ahli PAS tambah lagi setelah berbaiah dengan Allah swt, mustahil ada ADUN PAS yang mahu berbuat demikian.

Namun kalau ada, yang saya yakin beliau sangat percaya tidak ada, silakan keluar kerana kamu telah mengkhianati perjuangan ini.

Bagi saya kenyataan Ust Sallehen itu lebih mengangkat dan membela maruah bukan sahaja ADUN2 PAS Selangor malah seluruh kepimpinan, ahli dan pendukung parti ini.

Tidak ada sesiapa yang dihina.

Gerak kerja berpasukan dan berjemaah itulah kunci kekuatan PAS insyallah.

Roslan Shahir Mohd Shahir
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor
26 Disember 2017