Home Fastaqim

FASTAQIM 2.0 : Impak Maksima. Vol 2

152 views
SHARE

Sekali Serban Dililit. Siri 75
12 Muharram 1439 / 3 Okt 2017

FASTAQIM 2.0 : IMPAK MAKSIMA. Vol 2

Oleh : Nasrudin bin Hassan

SUKARELAWAN AMAL

.
Jabatan AMAL Malaysia menghasilkan produk terbarunya iaitu SUKARELAWAN AMAL. Setelah AMAL mempunyai AMAL Marin, AMAL Medic, dan AMAL Rescue, kini Sukarelawan AMAL ditubuhkan. Uniknya Sukarelawan AMAL ialah keanggotaannya terbuka kepada semua termasuk Non Muslim.

11. Setengah pihak cuba memperlihatkan sikap pesimis mereka terhadap objektif FASTAQIM 2.0. Kononnya tiada perkara baru yang boleh memberi impak kepada rakyat dan negara.

12. Kegelisahan mereka terhadap kejayaan Himpunan FASTAQIM 2.0 merupakan satu impak yang mereka cuba untuk sembunyikan. Namun mereka gagal apabila terpaksa diserlahkan dengan ulasan negatif mereka terhadap FASTAQIM 2.0.

13. Realitinya, FASTAQIM 2.0 telah bawakan kepada masyarakat satu lagi produk yang bakal memberi khidmat kepada mereka tanpa syarat. Produk ini adalah hasil kegigihan Jabatan AMAL Malaysia yang selama ini tidak pernah puas dan jemu berbakti kepada masyarakat.

14. Kini Jabatan AMAL Malaysia menghasilkan produk terbarunya iaitu SUKARELAWAN AMAL. Setelah AMAL mempunyai AMAL Marin, AMAL Medic, dan AMAL Rescue, kini Sukarelawan AMAL ditubuhkan. Uniknya Sukarelawan AMAL ialah keanggotaannya terbuka kepada semua termasuk Non Muslim.

15. Pelancaran Sukarelawan AMAL di pentas FASTAQIM 2.0 menyaksikan 20 orang anggota Sukarelawan AMAL yang terdiri dari kalangan Non Muslim naik ke pentas menerima cap daripada YB Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS. Mereka sedia berkhidmat bukan hanya untuk majlis PAS tetapi juga masyarakat awam.

WAWASAN INDUK NEGARA SEJAHTERA

WINS – Wawasan Induk Negara Sejahtera

WINS – Wawasan Induk Negara Sejahtera

Posted by Fastaqim 2.0 on 1hb Oktober 2017

16. FASTAQIM 2.0 terus mengangkat agenda perjuangan PAS dengan melancarkan dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS). Ia menjadi satu wawasan PAS untuk membentuk dan membina sebuah negara yang sejahtera menjelang 2051.

17. Wawasan Induk Negara Sejahtera ini mempunyai 10 prinsip yang mesti dicapai berasaskan batu tanda yang telah ditetapkan. (Lengkapnya boleh dimuat turun dari facebook rasmi PAS)

18. Falsafah WINS 2051 ini ialah Membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah swt.

BLOK KETIGA : GAGASAN SEJAHTERA

19. FASTAQIM 2.0 turut melakar sejarah apabila membariskan beberapa tokoh dari parti politik, ngo dan individu di atas satu pentas untuk menyatakan komitmen bersama menggerakkan gelombang blok ketiga ke arah mencetuskan kebangkitan ummah mendepani PRU ke 14.

20. Pentas FASTAQIM 2.0 telah membariskan Parti IKATAN yang dihadiri oleh Presidennya Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Parti BERJASA yang diwakili oleh Timbalan Presidennya, Brig. Jeneral (B) Datuk Hashim Abd Karim, Parti CINTA Malaysia diwakili oleh Naib Presidennya Datuk Huan Cheng Guan, Pengerusi Kongres Rakyat En Azmi Abdul Hamid, Ust Masrizi Sat selaku Pengerusi Gerakan Benteras Aktiviti Haram (GBAH) dan Wan Ashima Kamarudin Pengerusi Alif Ba Ta Serikandi.

bersambung ….