Home Artikel PAS Sarawak

Edaran Kuih Bulan PAS Bintulu dekati Masyarakat Cina

18 views
SHARE

Bintulu, 24 Sept 2017 – Lajnah Perpaduan Nasional PAS Bintulu mengambil inisiatif untuk membuat edaran kuih bulan secara percuma kepada masyarakat Cina sebagai salah satu cara untuk mendekati dan memesrai golongan tersebut. Sebanyak 50 biji kuih bulan yang ditempah khas telah berjaya diedarkan di kawasan bandar Bintulu.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Na

 

sional PAS Bintulu, saudara Aziz Gundi menyatakan bahawa program edaran kuih bulan ini sebenarnya telah mula diadakan sejak 2 tahun lepas dan diteruskan lagi pada tahun ini bagi bersama-sama masyarakat Cina yang meraikan Perayaan Kuih Bulan yang biasanya disambut pada minggu akhir september setiap tahun. Rata-rata kaum Cina yang didekati menerima edaran kuih bulan dengan gembira walaupun mengetahui dan menyedari kehadiran ahli-ahli PAS pada masa itu. Risalah Kenali PAS turut diedarkan sebagai salah satu medium untuk memperkenalkan PAS. YDP PAS Bintulu, Haji Khairul Ismail juga turut sama hadir membuat edaran dan berkenalan dengan masyarakat cina sambil mendengar permasalahan mereka.

Saudara Aziz turut menjelaskan sambutan dan penerimaan positif daripada masyarakat cina menggambarkan bahawa cara serta kaedah yang betul dan kreatif perlu sentiasa diusahakan bagi mendekati masyarakat ini. Malahan, pada kali ini ahli-ahli PAS yang terlibat telahpun dilatih untuk berbahasa mandarin bertujuan untuk menyapa masyarakat cina supaya lebih mesra. Hal ini terbukti dapat memudahkan penerimaan dan komunikasi, tambah beliau lagi.

Abdul Aziz

Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Bintulu