Home Artikel PAS Perak

Edaran Kuih Bulan Eratkan Hubungan Kaum

7 views
SHARE

Edaran Kuih Bulan Eratkan Hubungan Kaum

PARIT: PAS mengambil peluang mendekati masyarakat cina dengan mengedarkan kuih bulan sempena Perayaan Kuih Bulan di sekitar Dun Belanja di Pekan Parit dan masyarakat Tiong Hua di Kampung Baru.

Yang Dipertua PAS Kawasan Parit, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib bersama kepimpinan PAS Kawasan mengedarkan kuih bulan disamping mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Beliau juga mendengar beberapa keluhan dari peniaga Cina yang mahukan perubahan dalam kepimpinan negara bahkan mereka menyatakan persetujuan untuk terus memberi sokongan kepada calon-calon PAS dalam PRU 14.

Penerimanaan masyarakat Cina di kampung baru juga terharu dengan kehadiran pimpinan PAS kawasan Parit ke kampung mereka sejak lebih 10tahun yang lalu apabila tiba musim Tahun Baru Cina dan Perayaan Kuih Bulan.

Bersama kunjungan tersebut adalah Dr Najiha yang memang tidak asing lagi dikalangan masyarakat Cina di Parit dan Ketua Pemuda Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar.