Home Artikel PAS Sabah

DUA LEMBU TUMBANG DI QURBAN PERDANA PAS SEMPORNA

42 views
SHARE


SEMPORNA – 02 September 2017 melakarkan kemeriahan di Kampung Sakong Kecil, apabila Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, PAS Negeri Sabah dan PAS Kawasan Semporna menganjurkan bersama Qurban Perdana di kampung ini.

Sebanyak dua ekor lembu ditumbangkan dalam Program Qurban Perdana kali ini. Lokasi pilihan adalah di rumah kediaman Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Semporna, Encik Mahmud.

Ahli PAS Semporna dengan kerjasama orang kampung berhampiran bertungkus lumus menjayakan aktiviti menyembelih lembu, melapah kulit, memotong daging lembu dan menimbang serta membungkus daging qurban tersebut.


Sebahagian daging dan tulang dimasak ‘Sup Tiyulak Itum’ iaitu sejenis masakan tradisi Sabah dan Sup Tulang yang popular dalam kalangan Rumpun Melayu. Masakan ini dihidang kepada mereka yang hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.

Sekitar pukul dua petang pula, aktiviti edaran daging ke rumah-rumah penduduk beberapa kampung yang terpilih dilaksanakan dengan jayanya.

Penduduk Kampung terutama yang kurang berkemampuan memberikan respon yang positif dan melahirkan rasa syukur atas daging qurban yang dikongsi bersama.

Aktiviti mengemas berlangsung sepanjang proses edaran daging oleh beberapa ahli PAS dan beberapa penduduk  kampung dan disambung lagi seusai edaran daging qurban oleh beberapa ahli PAS yang datang semula ke tapak program.

Adalah menjadi aspirasi kita untuk melestarikan ibadah Qurban yang sangat dituntut dalam Islam ini. Pihak PAS Kawasan Semporna melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua yang terlibat dari awal sebelum hari kejadian sehinggalah usai program.

UNTUKMU SABAH {jathumbnail off}