Home Artikel PAS Selangor

DPPNS | “Laporan Polis Hasutan Dan Kebiadapan Zaid Ibrahim Terhadap Sultan Selangor”

209 views
SHARE

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

18 Rabiulawwal 1439 | 7 Disember 2017

LAPORAN POLIS HASUTAN DAN KEBIADAPAN ZAID IBRAHIM TERHADAP SULTAN SELANGOR

Pagi ini tepat pukul 10.00, pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor(DPPNS) yang dihadiri oleh Ustaz Syarhan Humaizi (Ketua Pemuda DPPNS),  Saudara Damanhuri Dol (Setiausaha DPPNS), Saudara Khidhir (Exco DPPNS), Saudara NorHisham (Peguam DPPNS) dan wakil daripada Pemuda Gombak dan Shah Alam. Malah turut dihadiri oleh Cik Wan Asshima Kamaruddin yang merupakan wakil NGO UMMAH Selangor / Srikandi AlifBaTa.

Laporan polis yang dibuat oleh Delegasi DPPNS terhadap dua(2) kenyataan/tweet yang dikeluarkan oleh Zaid Ibrahim di akaun twitter penama Zaid Ibrahim bertarikh 5 Disember 2017 menyelar kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini bertarikh 5 Disember 2017 jam pukul 9.12 pagi.

Kenyataan/tweet Zaid Ibrahim tersebut adalah suatu penghinaan dan cubaan membangkitkan perasaan tidak setia kepada Sultan Selangor, mencabar kedaulatan institusi Diraja Selangor, menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat Selangor, mengguris perasaan rakyat Selangor, membangkitkan kemarahan umat Islam dan Majlis Raja-Raja yang boleh membawa kepada permusuhan dan menggugat keharmonian dan ketenteraman awam.

Delegasi DPPNS memohon agar pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan kepada Zaid Ibrahim di bawah peruntukkan undang-undang Malaysia yang sedia ada.

#MenerajuiKesejahteraanSelangor
#Green4U