Home Surat Pembaca

DPPKS | ECRL, Fibre Optic dan Network, Syarikat China. Globalisasi Timur.

36 views
SHARE

ECRL, Fibre Optic dan Network, Syarikat China. Globalisasi Timur.

Antara benda pelik hari ini adalah kita ditakutkan dengan penguasaaan ekonomi oleh China melalui dasar dasar dan pelaburannya, tetapi waktu yang sama kita sudah lama tenggelam dalam arus Globalisasi Eropah barat dan Amerika. Kerana begitu lama selesa dengan globalisasi barat selama 500 tahun, kita berfikir secara barat dan akhirnya merasa takut dan bimbang dengan Globalisasi Kuning dari timur.

Sebagai Negara yang kecil, kita tak mampu menyaingi kuasa besar dalam masa terdekat. Kekurangan kekuatan ketenteraan, teknologi, malah secara umum kita sendiri tidak punyai aset yang unik untuk membangun secara kendiri menyaingi dan membentuk arus sendiri dalam zaman ini.

Pujian, perlu diberi kepada China yang belajar kekalahan Soviet Union (USSR) kepada barat apabila runtuhnya tembok Berlin pada 1989. Kekuatan ketenteraan yang ada, digunakan sebaiknya untuk membina dari dalam sehingga mampu menjadi Generasi Ekonomi baru menjelang abad ke 21.

Malaysia, juga tidak dapat mengelak menerima persaingan Globalisasi barat dan Timur ini. Wujudnya pelaburan pelaburan China dalam Projek ECRL, Bandar Nusajaya, Pelabuhan Klang dan lain lain, menunjukkan keyakinan China untuk membawa Gelombang Globilasinya sendiri.

Syarikat Besar China seperti Huawei dan ZTE adalah antara syarikat utama pembekal kepada tulang belakang teknologi Maklumat yang sedang berkembang di Malaysia. Malah, Gabungan tenaga Malaysia ini, menjadi tulang belakang pula kepada perkembangan Huawei di Indonesia dan Australia.

Apabila bermulanya Projek ECRL pada tahun 2018 nanti, pastinya, ia turut meliputi infra infra jalur lebar melalui kabel fiber optik di sepanjang jalan rel keretapi. Bukan sekadar perhubungan fizikal, tetapi juga lebuhraya maklumat yang akan menyambung terus kepada hubungan data ke Negara China sekiranya dihubungkan melalui rel keretapi yang akan sampai ke Negeri China.

Persoalan kepada Penggerak Perjuangan ISLAM, apakah mereka sedar dan mampu membekalkan diri dengan cabaran baru ini? Menentang? Menerima? atau mengawal arus Globalisasi CHina untuk kepentingan ISLAM itu sendiri?

Barat dan Amerika tentu juga tidak berdiam diri, Namun, untuk menyerahkan nasib kepada Timur dan Barat tanpa mengawalnya bukanlah hakikat sebenar orang yakin bahawa ISLAM adalah cara hidup.

Ahmad Hakimi Othman.
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor
3 Okt 2017.