Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

DMPM Rakam Ucapan Takziah Buat Keluarga Almarhumah Prof. Dr Che Noraini Hashim

673 views
SHARE

DMPM Rakam Ucapan Takziah Buat Keluarga Almarhumah Prof. Dr Che Noraini Hashim

‎(وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِنْ قَبْلِكَ الْخُلْدَ ۖ أَفَإِنْ مِتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ * كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ)

Ertinya: Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Surah Al Anbiyaa’ :34-35)

Perginya tak kembali pada hari yang penuh barakah, penghulu segala hari seorang insan yang banyak berjasa untuk jemaah telah kembali ke rahmatullah.

Kami daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan penuh rasa syahdu dan takzim mengucapkan salam takziah buat keluarga almarhumah.

Almarhumah Prof Dr Che Noraini merupakan mantan pensyarah di Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA) telah banyak memberikan sumbangan ilmu, kepakaran dan beliau merupakan tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM Gombak.

Kami mendoakan agar segala kebaikan dan amal sepanjang hidup almarhumah menjadi saham di akhirat. Semoga rohnya dirahmati Allah dan termasuk dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa.

Marilah sama-sama kita hadiahkan al Fatihah buat keluarga almarhumah. Perginya di hari Jumaat 26 Januari 2018 yang penuh barakah.

‎انا لله وانا إليه راجعون
‎ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهما وَارْحَمْهما وَعَافِهما وَاعْفُ عَنْهما، وَأَكْرِمْ نُزلهما، وَوَسِّعْ مَدخلمها، وَاغْسِلْهما بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهما مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهما دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارهما، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهما، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجهما، وَأَدْخِلْهما الْجَنَّةَ، وَأَعذهما مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ. آمين يَا ربَّ العَالَمِيْن.

“Sejahtera Bersama Islam”

“Muslimat Memacu Kemenangan”

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia

10 Jamadil Awwal 1439H
27 Januari 2018