Home Artikel PAS Selangor

DHPP Selangor Serah 922 Permohonan Ahli Baru

964 views
SHARE

Kuala Lumpur : Hari ini menjadi titik sejarah buat Dewan Himpunan PAS (DHPP) Negeri Selangor apabila 922 permohonan ahli baru telah diserahkan.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua DHPP Selangor, Dato’ K Deepakaran Karupiah kepada Setiausaha Eksekutif Pejabat Agung PAS, Ust Haji Mohd Khoirol Anwar bin Mat Zuki di Pejabat Agung, Jalan Raja Laut hari ini.

Permohonan adalah hasil kerja keras DHPP Selangor yang tidak mengenal erti lelah walaupun PAS diserang oleh pelbagai pihak.

Menurut Dato’ K Deepakaran, DHPP Selangor akan terus menjadi sayap utama kepada PAS untuk mendekati kaum bukan Islam dan bukan Melayu.

“PAS adalah sebuah parti yang harmoni yang tidak meminggirkan penganut agama lain”

“PAS bukan parti yang racist, malah saya dan kawan-kawan dalam DHPP bersama perjuangan PAS yang ikhlas membela rakyat” tambah beliau lagi.

Turut hadir dalam majlis ringkas ini adalah Timbalan Ketua dan Pengarah Pilihan Raya DHPP Negeri Selangor, En Radha dan En Rajan.

DHPP Selangor juga menyatakan komitmen untuk membantu jentera PAS Selangor memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang.