Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Dewan Ulamak PAS Pusat Seru Umat Islam Hadiri Himpunan 100K Solidariti Al-Aqsa

415 views
SHARE


Dewan Ulamak PAS Pusat Seru Umat Islam Hadiri Himpunan 100K Solidariti Al-Aqsa

Oleh : Hanif Mustafa

Putrajaya, 26 Januari – Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru umat islam seluruh negara untuk menghadiri Himpunan 100K (Munajat & Solidariti Aqsa) yang akan berlangsung pada hari esok.

“Hak umat Islam di bumi Al-Aqsa wajib dipertahankan oleh seluruh umat islam. Dewan Ulamak Pas Pusat menyeru seluruh umat Islam di Malaysia agar memberi sokongan yang padu kepada Himpunan Solidariti dan Munajat Al-Aqsa yang diadakan di dataran Putrajaya nanti. Semoga ianya menjadi sumbangan jihad kita dalam mempertahankan perjuangan Islam.

Himpunan 100K (Munajat & Solidariti Al-Aqsa) merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan bersempena Festival MyAqsa yang berlangsung pada 26-28 Januari 2018 di Dataran Putra, Putrajaya