Home Artikel PAS Johor

Dewan Muslimat PAS Negeri Johor Memperkasa Gerakan Aktivis Pengguna Bijak.

165 views
SHARE

SKUDAI – Berbekalkan tekad untuk memperkasa gerakan aktivis pengguna di kalangan kaum hawa, maka ‘Kursus Aktivis Pengguna Bijak’ telah diadakan di Taman Pulai Utama ,Skudai 31 Januari lalu.

Program yang dianjurkan di bawah Lajnah Pengguna dan Pekerja Dewan Muslimat PAS Negeri Johor diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari dirasmikan oleh Pengerusi Lajnah Pengguna & Pekerja Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Hj.Mustaffa Bin Salleh.

Seramai hampir 30 orang aktivis pengguna muslimat hadir untuk mengutip mutiara ilmu dan pengalaman dalam usaha melahirkan aktivis pengguna yang bermaklumat dan prihatin terhadap isu setempat di samping proaktif menjuarai isu rakyat.

Presiden Suara Pengguna Prihatin Malaysia(SPPM) merangkap Setiausaha Lajnah Pengguna & Pekerja PAS Pusat ,Normala Binti Sudirman telah dijemput untuk menyampaikan taklimat dan berkongsi pengalaman tentang bagaimana untuk memperkasa gerakan pengguna khususnya di negeri Johor.

Manakala Cik Siti Hajar Binti Ghazali , Setiausaha Lajnah Pengguna & Pekerja Dewan Muslimat PAS Malaysia juga turut diundang menyampaikan perkongsian kepada peserta berkaitan isu kepenggunaan.

Pn. Zuryati Binti Yasin, Pengerusi Lajnah Pengguna & Pekerja Dewan Muslimat PAS Negeri Johor mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen semua pihak dan para peserta yang terlibat.

Semoga program yang dianjurkan ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta agar dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dalam isu kepenggunaan ke arah melahirkan masyarakat yang sejahtera di samping memulihara kelestarian alam semulajadi khususnya di negeri Johor.

Semua peserta mengabadikan kenangan sebelum pulang.
Presiden Suara Pengguna Prihatin Malaysia(SPPM) merangkap Setiausaha Lajnah Pengguna & Pekerja PAS Pusat ,Normala Binti Sudirman menyampaikan taklimat dan berkongsi pengalaman tentang bagaimana untuk memperkasa gerakan pengguna khususnya di negeri Johor.
Penyampaian cenderamata tanda kenangan seusai program .
Cik Siti Hajar Binti Ghazali ,Setiausaha Lajnah Pengguna & Pekerja Dewan Muslimat PAS Malaysia menerima cenderamata tanda kenangan diiringi Pn.Zuryati Binti Yassin,Pengerusi Lajnah Pengguna & Pekerja DMPNJ(bertudung ungu).
Ucapan dan perasmian oleh Pengerusi Lajnah Pengguna & Pekerja Badan Perhubungan PAS Negeri Johor,Hj.Mustaffa Bin Salleh.