Home Kenyataan Media PAS Kelantan

DAP tidak ada harapan di Kota Bharu

22 views
SHARE

KOTA BHARU – Pas memberi amaran awal kepada DAP untuk tidak membuang masa meletakkan calon di kerusi Parlimen Kota Bharu dan Dun Kota Lama kerana yakin pengundi dikawasan tersebut tidak sesekali mudah untuk dipancing.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, walaupun kebanyakkan pengundi di Dun Kota Lama adalah bukan Islam, namun beliau optimis sokongan padu yang tidak berbelah bagi masih lagi milik Pas di kedua-dua kawasan tersebut.

“Pada saya, mana-mana parti pun bebas untuk bertanding. Tidak kisah di mana-mana kerusi, termasuklah Kota Bharu. Namun kita melihat kepada realiti, sokongan bukan Melayu, mereka (DAP) tidak ada peluang,” katanya kepada media di sini.

 Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho di Jalan Kebun Sultan yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. SINAR HARIAN 5/10/2017