Home Artikel PAS Selangor

DACS Sokong Kelantan Wajibkan Pemain Tutup Aurat

355 views
SHARE

DACS DPP Malaysia menyokong penuh tindakan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, mengumumkan untuk menggunakan kit jersi menutup aurat bermula daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim hadapan. Ini merupakan sebuah inisiatif yang membuka mata masyarakat ke arah kepatuhan kepada syariat Islam walaupun bergiat dalam arena sukan. Usaha ini secara langsung membuktikan syariat Islam sesuai untuk dilaksanakan dalam apa jua keadaan termasuk dalam sukan bola sepak.

DACS DPP Malaysia menyokong usaha KAFA untuk memartabatkan syariat Islam dalam liga bola sepak tanah air. Semoga usaha ini menjadi contoh dan memberi keyakinan kepada semua persatuan bola sepak seluruh Malaysia untuk mempraktikkan dasar patuh syariat ini.

Usaha ini bukan sahaja membanggakan rakyat negeri Kelantan, malah seluruh umat Islam di negara ini. DACS DPPM yakin bahawa terlibat dalam aktiviti sukan bukanlah penghalang untuk mematuhi syariat Islam. DACS telah lama mempelopori agar semua sukan yang dimainkan oleh umat Islam wajib patuh syariat seperti pasukan bola sepak kami, DACS FC yang mana semua pemain menutup aurat dan ia tidak sedikit pun menghalang kami untuk bermain dengan baik malah ia mendidik kami agar bermain dengan penuh semangat kesukanan.

“Dakwah Melalui Sukan”
#DACSDutaAnakMuda

Muhammad Fadzli b. Abu Bakar.
Pengarah,
Department of Arts, Culture and Sports (DACS),
Dewan Pemuda PAS Malaysia.