Home Artikel PAS Pulau Pinang

DACS Bukit Mertajam Anjur Street Dakwah di Alma

75 views
SHARE

 


DACS Bukit Mertajam Anjur Street Dakwah di Alma

Lajnah Kesenian dan Kebudayaan (DACS) Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Mertajam telah menganjurkan Program Street Dakwah & Edaran Risalah bertempat di Bazar Ramadhan Alma Bukit Mertajam

Para amilin telah  berkumpul di Maybank Alma sebelum diberikan taklimat ringkas program oleh Pengerusi DACS Bukit Mertajam Ustaz Solehin Shafee . Seterusnya disambung dengan taujihat dan kata-kata semangat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Mertajam , Tuan Syed Nazri Syed Ibrahim.

Risalah yang diedarkan tersebut mengandungi nasihat-nasihat tentang agama, contoh pakaian muslim dan muslimat yang menutup aurat . Selain itu , terdapat petikan yang diambil dari Kitab “Apa Erti Saya Menganut Islam” yang ditulis oleh Fathi Yakan .

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam akan pentingnya menutup aurat dengan sempurna dan tanggungjawab mereka sebagai orang Islam yang akan dipersoalkan diakhirat kelak.

Program ini bermula jam 6.00 petang dan berakhir jam 7.00 malam.

{jathumbnail off}