Home Artikel PAS Johor

Bicara Anak Muda Bersama PAS Kawasan Sekijang Menyuntik Motivasi Ahli

161 views
SHARE

SEKIJANG – ‘Bicara Anak Muda Bersama PAS Kawasan Sekijang ‘ telah dianjurkan oleh PAS Kawasan Sekijang pada 23 Januari lalu untuk memberi pendedahan kepada ahli tentang organisasi Dewan Pemuda PAS Sekijang dan bidang pendidikan yang telah diteroka oleh mereka dalam persada politik negara.

Bertempat di Markaz Paya Pulai, Segamat program ini diadakan dengan menjemput Al-Fadhil Ustaz Juwahir Bin Amin , Ketua Pemuda PAS Negeri Johor.

Dalam taklimat yang telah disampaikan , beliau telah menyampaikan taklimat tentang organisasi Dewan Pemuda dan bidang tugas yang tertakluk di bawah tanggungjawab mereka. Selain daripada itu, beliau juga telah menyampaikan informasi bagaimana potensi Sekijang dalam usaha menyampaikan risalah dakwah kepada masyarakat setempat.

Turut menyampaikan ucapan aluan adalah Encik Maarof Bin Abd. Mutalib , Yang Dipertua PAS Kawasan Sekijang dan En.Othman Bin Selamat, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Sekijang.

Bicara Anak Muda Bersama Ustaz Juwahir, telah dipengerusikan oleh Pn. Normala Binti Sudirman, selaku Setiausaha PAS Kawasan Sekijang merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

Di penghujung program,Ustaz Juwahir mengabadikan kenangan bersama Ketua Pemuda PAS Sekijang, Saudara Muhd.Ariff Bin Ahmad. Turut bersama mendengar taklimat adalah semua Kepimpinan PAS Kawasan Sekijang.

Semoga program ini memberi suntikan semangat kepada anak muda di Sekijang agar terus beristiqamah dalam menyampaikan risalah di bumi bertuah ini.

Ucapan aluan daripada Kepimpinan PAS Kawasan Sekijang, En.Maarof Abd Mutalib
Ustaz Juwahir Bin Amin , Ketua Pemuda PAS Johor sedang menyampaikan taklimat.
Program Bicara Anak Muda dipengerusikan oleh Pn. Normala Binti Sudirman, Setiausaha PAS Kawasan Sekijang merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor selaku moderator majlis.
Antara kepimpinan PAS Kawasan Sekijang yang hadir mendengar taklimat .
Ustaz Juwahir mengabadikan kenangan bersama Ketua Pemuda PAS Sekijang,Ustaz Mohd.Nur Ariff Bin Ahmad, Ketua Pemuda PAS Sekijang yang berkelulusan Diploma Syariah bersama Kepimpinan Kawasan Sekijang