Home Artikel PAS Perak

Berita PAS Perak I Ulamak Anjur Munajat Perdana Hadapi PRU-14

170 views
SHARE

Ulamak Anjur Munajat Perdana Hadapi PRU-14

BUKIT GANTANG : Urusan Ulamak PAS Bukit Gantang berjaya menganjurkan Munajat Perdana mengikut DUN baru-baru ini untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Dimaklumkan tiga Dun di kawasan Bukit Gantang terlibat dalam program munajat tersebut iaitu Dun Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang.

Munajat Perdana ini dilakukan secara berperingkat-peringkat di lokasi yang berlainan di mana untuk DUN Changkat Jering telah diadakan pada 11 Disember bertempat di Markaz PAS Batu 6 , diikuti DUN Trong pada 25 Disember di Markaz Pas Trong dan DUN Kuala Sepetang pada 26 Disember bertempat di Markaz PAS Kampung Jelapang.

 

 

Program ini dimulakan dengan solat hajat beserta doa munajat, zikir munajat ,bacaan selawat tafrijiah , taujihad daripada Ketua Ulamak dan Qodaaya Mu’asarah .

Menariknya, mereka yang hadir ke program ini bakal mendengar amanah dari kepimpinan tertinggi kawasan dan bakal calon yang turut hadir dalam program ini.

Antaranya ucapan daripada Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ustaz Idris Ahmad , YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman , Ustaz Nordin Jaafar dan Tuan Haji Rahim Ismail .


Memetik ucapan Ustaz Idris Ahmad , “Semoga program ini akan memberi kekuatan baru kepada petugas-petugas untuk menghadapi cabaran yang begitu mencabar di dalam PRU 14 nanti.

“Selain daripada kita mengatur strategi maka akhirnya kepada Allah untuk memohon pertolongan agar segala halangan akan dapat kita hadapi dengan tabah,” katanya sebelum mengakhiri ucapan.

Munajat Perdana ini bermula pada pukul 9 malam dan berakhir kira-kira pukul 11.30 malam.