Home Artikel PAS Perak

Berita PAS Perak I Gelagat Awal Persekolahan Cabaran Buat Pendidik

25 views
SHARE

Gelagat Awal Persekolahan Cabaran Buat Pendidik

BUKIT GANTANG , 2 Januari : Sesi persekolahan bagi tahun 2018 dimulakan dengan pelbagai ragam dan senario tangisan hari pertama, terutama membabitkan murid yang baru memasuki alam persekolahan.

Tinjauan di beberapa PASTI dan SRITI di sini mendapati kebanyakan bilik yang menempatkan murid ‘gamat’ dengan gelagat murid dan keterujaan bertemu kawan-kawan baru.

Mereka adalah sebahagian daripada 42 orang murid yang memulakan hari pertama persekolahan di SRITI Al Helmi , Taman Berkat.

Tidak ketingggalan juga dengan PASTI Bilal Bin Rabah , Kampung Ayer Puteh dan PASTI Air Kuning yang mula beroperasi tahun ini yang menjadi sebahagian daripada 16 buah PASTI di sekitar Bukit Gantang.

Se

Rata-rata perjalanan sesi persekolahan kali ini berjalan lancar walaupun terdapat murid-murid yang berasa takut dan sedih kerana tidak biasa berjauhan daripada ibu bapa.

Tawa dan tangis yang kedengaran sudah menjadi perkara biasa saban tahun serta menjadi lumrah kepada warga pendidik.