Home Artikel PAS Perak

Berita PAS Perak I Eratkan Ukhuwwah Malam Tahun Baru 2018

62 views
SHARE

Eratkan Ukhuwwah Malam Tahun Baru 2018

TRONG :  Buat julung kalinya, Majlis Tindakan DUN ( MTD ) Trong telah menganjurkan ‘Malam Tautan Ukhwah’ bersama penduduk setempat di Rumah Encik Majid , Permatang Kemunting di sini sebagai pembuka tirai tahun baru 2018.

Program ini yang dihadiri seramai lebih kurang 50 orang penduduk sekitar Trong dan kawasan sekitar turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad , YDP PAS bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman , Pengarah MTD Trong , Tuan Haji Zainudin Hamzah , Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang , Zu Hazmin Badri serta beberapa pimpinan kawasan dan pemuda.

Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat bagi memastikan kelancaran gerak kerja Islam disamping dapat berkenalan antara satu sama lain.

Dalam pada itu, mereka yang hadir turut dimeriahkan dengan jamuan istimewa BBQ .

Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada MTD Trong atas penganjuran program ini.

“Saya berharap dengan adanya program sebegini MTD Trong , UPU dan Cawangan dapat sama-sama membantu dalam menjayakannya lagi.

Alhamdulillah, kita berjaya adakan program ini dan kita berharap agar dapat menarik lebih ramai pengundi-pengundi agar bersama-sama kita kelak”, ucap beliau.

Program yang bermula pada pukul 9.30 malam berakhir kira-kira pukul 12.30 pagi .