Home Artikel PAS Perak

Berita PAS Perak I Anak Muda Menimba Pengalaman Bersama Jabatan Amal Malaysia

64 views
SHARE

Anak Muda Menimba Pengalaman Bersama Jabatan Amal Malaysia

TRONG – Seramai 22 pelajar dan remaja telah menyertai Perkhemahan Briged Amal anjuran Jabatan Amal Bukit Gantang bagi mengisi waktu cuti persekolahan dengan aktiviti yang bermanfaat.

Program yang mendapat kerjasama daripada KRS Larut , Matang dan Selama ini telah diadakan di Pondok Nur Hikmah , Permatang Raja pada 20 Disember sehingga 23 Disember yang lalu.

Kem ini berlangsung selama tiga hari melibatkan remaja dari sekitar Trong , Changkat Jering dan kawasan sekitar.

Aktivis Amal, Encik Roslan Talib berkata, program tiga hari dua malam itu telah mendedahkan pembinaan motivasi dan jati diri muslim di kalangan remaja dalam persediaan menghadapi cabaran akademik dan kehidupan.

Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program tersebut ialah Latihan Dalam Kumpulan, berkhemah , latihan kecemasan , slot motivasi , kemahiran asas , ziarah amal warga emas , gotong royong membersihkan kubur dan banyak lagi.

Para peserta kelihatan berpuas hati dan gembira kerana aktiviti program yang mencabar dan tidak membosankan.


“Roslan berkata, objektif utama program perkhemahan ini adalah untuk membentuk disiplin dan keyakinan peserta berumur 12 hingga 19 tahun menerusi aktiviti luar.

Tambahnya, di samping membentuk disiplin yang tinggi, perkhemahan ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat setia kawan peserta.

Kesemua peserta turut diberikan sijil penyertaan pada majlis penutup yang berakhir pada 23 Disember.