Home Artikel PAS Perak

Berita l PAS Hargai Usaha MPT Pertahankan Syariat Islam 

115 views
SHARE

TAIPING: Usaha Majlis Perbandaran Taiping ( MPT ) dalam mempertahankan prinsip Syariat Islam dengan mengenakan syarat tambahan kepada pengusaha hotel untuk tidak melarang pekerja wanita bertudung di tempat kerja dan dalam proses meluluskan permit mereka dihargai oleh PAS.

Penghargaan tersebut disampaikan oleh PAS Kawasan Taiping dalam satu pertemuan bersama pihak Majlis Perbandaran Taiping ( MPT ) di sini, 5 Disember.

Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Taiping, Ustaz Ahmad Fakhrudin Abdul Aziz, PAS menyokong penuh setiap perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan sekiranya tindakan tersebut memelihara prinsip Islam.

 

Jelasnya, seiring pembawaan PAS Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang lebih membentuk cara berpolitik dengan sejahtera serta mengutamakan keperluan rakyat berlandaskan syariat.

Kata Fakhrudin, perkara yang melibatkan akidah dan syariat Islam memerlukan keprihatinan semua pihak demi memastikan Islam dapat dinikmati dengan sempurna.

Surat penghargaan atas usaha murni itu disampaikan kepada wakil Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Rabiatul Adawiah Yaub oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Taiping serta disaksikan pimpinan PAS Kawasan Taiping yang hadir bersama.

Pimpinan PAS Kawasan Taiping yang turut hadir Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Taiping ; Ibrahim Ismai, Setiausaha PAS Kawasan Taiping ; Tuan Kamarul Bahrin, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Taiping, ; Ustaz Amar Jamaludin, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kawasan Taiping dan AJK-AJK PAS Kawasan Taiping.