Home Artikel PAS Perak

Berita l Khatan Perdana Parit Buntar : Meriahkan Cuti Sekolah

62 views
SHARE

PARIT BUNTAR:  PAS Parit Buntar dengan  kerjasama Pusat Khidmat Adun Titi Serong telah menganjurkan progrem Khatan Perdana yang disertai oleh anak-anak di dalam Dun Titi Serong.

Seramai 13 orang kanak-kanak telah menyertai program tersebut yang diadakan pada 26 November lalu bertempat di Markaz PAS Titi Serong .

Program khatan ini diserikan dengan acara siraman air oleh pasukan bomba dari Balai Bomba Parit Buntar sebagai memulakan acara yang disempurnakan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Parit Buntar, Abdul Bahrin Mat Desa bersama pimpinan PAS kawasan.

Selain daripada itu peserta juga diberikan hadiah dan cenderahati sempena penyertaan mereka.

Ini adalah program tahunan yg diadakan bagi mengeratkan hubungan di kalangan masyarakat di samping membantu mereka.

Urusetia hanya mengenakan sebanyak RM100.00 sahaja untuk membeli ubatan,kenduri serta hadiah dan cenderahati kepada peserta