Home Artikel PAS Selangor

Bekas Ketua Cawangan Umno Selayang Pula Masuk PAS

980 views
SHARE

31 Januari, Bandar Baru Selayang – Hari ini PAS dikejutkan dengan kemasukan orang kuat UMNO ke dalam PAS yang juga memberi isyarat PAS terus diterima oleh rakyat ketika PAS ditohmah oleh parti-parti politik lain.

Kali ini pula En Rosli Bin Mohd Ali, Bekas Ketua Cawangan UMNO Dahlia A, Bandar Baru Selayang telah menyerahkan Borang Keahlian PAS kepada Yb. Haji Zaidy Abdul Talib hari ini.

Turut bersama beliau juga seramai 11 orang telah keluar dari UMNO dan menyerahkan Borang Keahlian PAS dan menyatakan kesediaan mereka untuk bersama dengan memenangkan parti islam ini.

“Kami melihat UMNO sudah lari jauh dari perjuangan sebenar dan ditambah dengan Yb. Zaidy yang berjaya menyentuh hati-hati kami dengan kerja baik dan bakti yang dilakukan serta urusan keagamaan yang dititikberatkan oleh Yb. Haji Zaidy yang tiada pada yang lain”, jelas En. Rosli.

Berbakti tanpa memilih “bulu”, berkerja tanpa henti dan tidak tunggu waktu pilihanraya menjadi faktor utama rakyat mudah dan mesra dengan Yb. Zaidy termasuk ahli-ahli UMNO, sambungnya lagi.

*YB. Haji Zaidy Abdul Talib yang juga merupakan Wakil Rakyat Dun Taman Templer dan Exco Kerajaan Negeri Selangor